Wednesday, 26 November 2014

Telur Setengah Masak? Hi-Tea?

Salam semua.. Harini petang makan ni je.. Perut rasa kenyang, tapi masih lapar..hahaha..Macam mana tu? Telur setengah masak sahajalah katanya.... Bukan diet okay, memang nak gemuk. Tapi taktahu nak makan apa lagi.. Jadi buat semdiri jelah kat rumah sambil sambil buat assignments yang melambak-lambak membuak-buak ni...hehehe..(^~^)

      Apa dia? Berapa biji? Hmm... 4 Biji je... Heee.. ><_><

    Sedap kan? Telur + Pepper + Kicap = SEDAP DELICIOUS (@~@)



Peralatan Katering ( Tugasan Daa... )

Salam semua. harini Azren nak siapkan sedikit tugasan yang diberi oleh pensyarah Azren yang bernama Puan Husdha Antika Bt. Adnan iaitu pensyarah yang mengajar dalam subjek Sistem Katering. Sebelum itu,Azren nak perkenalkan diri dulu, Azren ini pelajar dari PTPL Shah Alam ye.Kalau jumpa-jumpa,tegur-tegurlah ye.hihihi..Jadi,kami telah ditugaskan untuk mencari gambar dan kegunaan setiap peralatan katering yang diberi olehnya. Jadi di sini, Azren ada sediakan beberapa buah gambar yang Azren dapat juga Azren ada mengasingkan peralatan dari bahagian Front of house dan Back of house di sesebuah restoran atau hotel.

1. FRONT OF HOUSE : Merupakan peralatan yang jelas untuk pandangan umum dan juga berada di bahagian hadapan.Contohnya seperti, ruang makan, kaunter pembayaran, kaunter  pendarftaran dan banyak lagi.

a) Linen : Linen ini dikenali sebagai pelbagai jenis kain sama ada kain tuala, kain cadar, selimut, alas meja dan banyak lagi.Kegunaannya sangat banyak.Contoh seperti tuala untuk mengelap badan, alas meja untuk mengalas meja dan juga napkin. Selain itu, Azren sediakan 4  jenis kain yang biasa kita dengar serta kegunaannya sekali iaitu silent cloth(untuk elakkan licin dan diletakkan di setiap buju meja atau sekeliling meja).Seterusnya, table cloth (alas meja),table runner (untuk hiasan di tengah meja) dan napkin (untuk lap mulut dan juga boleh digunakan sebagai hiasan.Jadi, Azren just bagi contoh satu sahaja iaitu napkin
.

b) Bar Counter : Kegunaanya untuk membuat pesanan air dan dikhaskan hanya untuk minuman sahaja.Contohnya, orange juice, sky juice, juice of fruits dan banyak lagi.



c) Glassware : Kegunaannya untuk mengisi pelbagai jenis air mengikut kesesuaian contohnya seperti goblet dikhaskan untuk mengisi air jenis kordial. Glass juice untuk diisi air jenis buah-buahan, balloon disediakan untuk mengisi minuman seperti jus krimer dan cocktail.
 

d) Halloware : Digunakan untuk meletakkan makanan seperti spaghetti, spiral, dan banyak masakan Italy. Kebanyakan hotel di luar negara yang kerap menggunakan halloware tersebut.


e) Culteries : Kegunaannya adalah untuk mengambil makanan yang telah dihidangkan. Contohnya seperti sudu, garfu, pisau.Selain itu juga, nama-nama alatan ini juga telah diberi mengikut kesesuaian makanan yang dihidang seperti table fork dan table spoon untuk makan nasi.Fish knife dan fish fork untuk makanan jenis ikan , table knife dan table fork untuk makan jenis makanan steak dan juga makanan jenis haiwan berkaki dua dan juga steak knife dan table fork digunakan untuk memakan makanan jenis haiwan berkaki empat.Selain itu juga, contoh lain yang Azren beri antaranya ialah soup spoon, bread&butter knife,dessert spoon,dessert fork,appetizer spoon dan appetizer fork. 


f) Chinaware : Digunakan khas hanya untuk masakan China dan juga merupakan peralatan yang dibuat daripada tembikar.



g) Furniture / Perabot : Kegunaannya untuk keselesaan para tetamu dan kemudahan untuk melakukan sesuatu pekerjaan juga memudahkan sesuatu organisasi bekerja. Contohnya seperti , meja makan dan kerusi, kipas, penghawa dingin dan banyak lagi.




2. BACK OF HOUSE : Merupakan organisasi di bahagian belakang di mana tetamu tidak dapat melihat setiap pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja.Contohnya seperti, kitchen,butcher,FnB Office, HR Office dan sebagainya.Jadi, Azren beri contoh-contoh peralatan di bahagian back of house dan juga Azren tekankan di bahagian dapur yang kita boleh jelas dan mudah kenal.Antaranya ialah:-

a) Working table : Digunakan sebagai tempat atau organisation station di mana Chef-chef memulakan mise in place di situ sebelum memulakan memasak.

b) Mixer : Digunakan sebagai alatan untuk mengadun atau mengacau adunan tepung sama ada untuk membuat kek, roti dan banyak lagi.Selain itu, ada juga mixer untuk daging,ayam dan ikan.Tetapi, Azren beri contoh gambar mixer untuk mengadun kek sahaja ye.hihihi :)

c) Meat Chopper : Digunakan untuk menghancurkan daging seperti daging lembu, daging ayam, ikan, itik dan juga banyak lagi.


d) Foodcutter : Digunakan sebagai pemotong makanan dengan lebih cepat dan teratur.

e) Steam Jacketed Kettle : Digunakan untuk stim sebagai medium pemanasan mempunyai banyak kelebihan: pemanasan seragam, cepat dari segi pemindahan haba dan kawalan mudah kadar pemanasan melalui injap wap. Wap boleh dibekalkan untuk cerek oleh dandang bebas melalui paip bertekanan atau ia boleh dihasilkan di situ untuk kegunaan serta-merta, seperti halnya dengan apa yang dipanggil "cerek stim serba lengkap".


f) Food slicer : Digunakan untuk menghiris makanan kepada lebih nipis dan mengikut ciri-ciri yang diberikan contohnya berapa 'milimeter' makanan tersebut perlu dihiris.


g) Oven : Digunakan sebagai pemanasan, baking atau pengeringan bahan.


h) Tilting frying pan : Merupakan sebuah pan pengeluaran yang tinggi banyak memenuhi keperluan memasak dan boleh mengurangkan jumlah masa memasak sehingga 25 peratus.Kegunaannya untuk merebus, tumis, rebus, rebus, reneh, stim, goreng pan, grill dan panggang.

i) Broiler : Digunakan sebagai pemanggang ayam, itik dan banyak lagi.Sesuai digunakan untuk perkhemahan dan barbeku.


j) Chiller and freezer : Digunakan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan masakan seperti ikan,ayam,daging disimpan di dalam freezer, jika perlu dimasak dalam beberapa minit lagi untuk melembutkan daging-daging tersebut boleh simpan ke dalam chiller.Selain itu, chiller juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan sayur, kek , buah-buahan dan banyak lagi.


  CHILLER

   
  FREEZER

~Jadi , itu sahajalah yang dapat Azren kongsikan kepada semua.Kita jumpa lagi di masa akan datang.InshaAllah.Bye.Salam semua. (^~^)

Monday, 17 November 2014

Themed Restaurant ( Mr.Steakhouse )

          Salam semua. Ini adalah entry Azren yg ke3.Jd,Azren cerita sikit kat mana Azren cari makan untuk petang tadi memandangkan perut dah lapar.Maklumlah saya ni pun pelajar + emak.Jd ada malas dtg,makan luar jela.Mood dtg bila rajin n tk sibuk je.Jd,harini Azren nk cari restoran bertema.Ada sebuah restoran bertema yg Azren jumpa dkt area Laman Seri sebelah RHB Bank Islamic iaitu Mr.Steakhouse yg merupakan sebuah restoran bertemakan konsep Rumah Koboi ? Pelik kan? Hahaha.Bukan Azren yg sesuka jiwa je ckp,staff dia yg bagitahu bila Azren tanya dia..


  Nampak tak itu gambar kuda? Haa..itu kuda, koboi yang punya..

         Selain itu, restoran ini merupakan sebuah restoran yg hanya menyediakan makanan jenis Barat atau lebih dikenali sebagai Western.So, Azren telah membuat pilihan yang tepat.Azren juga telah membuat pesanan makanan yang lebih tepat sbb punya la sedap.hahaha..Azren order Lamb Chop dgn air Soya Bean. Knp? Sbb bila kita ni da makan kambing,mesti tekak tu rasa loya dan mual sikit kan sebabkan makan lemak-lemak kambing tu..Jadi,kalau nk kurangkan rasa loya, ibu Azren ajar minum susu.hehe..Ishh..Kolestrol oh kolestrol..Tapi,kolestrol pun sedap.hehehe..


 Lamb Chop Black Pepper Sauce + Air Soya Bean = Kenyang

          Baiklah,jadi Azren nk cerita ttg sistem diorang pula cmna..Sistem dari segi pengambilan pesanan makanan,sangat kurang.Sbb pekerja tu kurang mahir berbahasa Melayu dan English.Azren agak-agak buat faham je bila dia explain tentang sos,kambing dan byk lg.Mungkin pekerja dia orang Jawa kot.haha..Sbb dgr sleng dia mcm Jawa.Ok,psl sistem lain pula contoh seperti sistem pembayaran,pun boleh tahan cepat dan efektif.Azren dtg nk bayar je,diorang da keluarkan resit.Dari segi sistem penghantaran makanan,cepat ,pantas dan juga makanan dia sedap gila kata kauu.. Baiklah,jadi itu jela Azren nk share ttg restoran ni.InshaAllah kita sambung lg di entry yg seterusnya lepasni.Salam semua.(^~^)


 Boleh tahan la.Tak adalah mahal sgt mcm restoran lain.


  Belanja sikit satu gambar..hihihi d^~^b


Saturday, 15 November 2014

Ala-ala Berangan Gitu... (Majlis Perkahwinan Dlm Mimpi Je (^~^)

Hi. Salam semua.. Kita jumpa lg di entry yg kedua.. Hari ni Azren nk share sikit ttg impian perkahwinan Azren contoh mcm hiasan ke , tema warna dan banyak lg. Tp, Azren cerita sikit jela sbb dah tkda nk impi sgt..(hehehe, kita da kahwin anak sorang).. Jd, Azren just cerita ringkas jela. Azren nk upload sikit gambar hiasan pelamin dalam impian Azren yg tidak berapa cantik n Azren suka simple.Nk diikutkan,Azren suka berjimat..Buat mana yg wajib n sempat je..So, korang just gambaran jela ye.hehehe.. 


        Ok, sekarang pulak nak cerita pasal makanan yang Azren teringin nak ada masa kenduri Azren nanti. Kalau boleh Azren teringin nak ada lauk-pauk ala-ala kampung gitu memandangkan Azren ni anak yg lahir di bandar, jd teringin nk berasa suasana dan makanan kampung..Cewah... First lauk, Azren semestinya nak Nasi Putih n Nasi Minyak.. Lauk pula, Ayam Masak merah, ayam masak lemak cili api, ikan keli belacan, ikan parang masak cili, daging masak kuning, daging serunding, sayur kobis masak lemak putih, sayur kacang panjang goreng campur tempe, dah paling penting ada budu,cencaluk, ulam-ulaman. Pergh... Sedap pulak bila duk cerita pasal lauk tengah malam ni..(hehehe).. 
        Bagaimana dgn air pulak, air just simple as that. Contoh seperti air roselle, air sirap dan air mangga. Berbalik pada tema perkahwinan impian azren ni, Azren suka sangat warna pink campur terkois. Memang cantik. Sebab punya ton warna tu sangatlah masuk dengan warna kulit Azren yg tk berapa nk cerah ni..(hehehe). So, Azren mengharapkan Majlis Azren berjalan dengan lancar dan meriah. Allahumma Amin..Korang pun mesti ada impian memasing kan nk cmna nanti perkahwinan korang..hihi..Acehh...Gatai pulak.. (^~^)

Friday, 14 November 2014

Cewah Karaoke n Dinner at Pyramid Session, Singapore 14 Nov '14

Hi.. Salam semua.. Malam semalam kami sekeluarga makan di Pyramid Session , Singapore. Mesti korg tny knp jauh sgt Azren mkn kt Singapore kn? Sedangkan Azren ni org Malaysia.Saya Sayang Malaysia (senyum senget)..Azren kt sini sbb follow mak mertua mengajar kt sini..Sini adalah tempat kelahiran ibu mertuaku..Secara ringkas, mama mertuaku ini jugak merupakan seorg Penceramah terbilang.Seorg pendakwah bebas,yg dahulunya aktif di dlm forum perdana.
            Ok, so tknk cerita pjg. Skrg Azren nk crita psl apa yg Azren makan mlm ni..hehe.. Azren suami n anak saje nk berjalan kt sini..Saje nk jln jauh sikit.Asyik jalan kt area Tampines,Chua Chu Kang je..So, ktorg pergi jalan dkt Session Pyramid , siap ada karaoke lg .. (Hehehe)..Jadi, saja nk share sikit makanan yg kami mkn. Yg ni nama dia "Chicken Pilaf Rice". Haa nasi ni bukan main sedap lg.. Da makan ni,rasa lg dlm tekak. Kalau dpt simpan je dlm mulut dah lama Azren buat..(hihihi).. Ayam dia soft sgt.. Sedap. Nasi dia, Azren rasa diorg guna beras basmathi kot..(hahaha) .. Sbb lembut sangat..Harga dia boleh tahan lah..Kat sini harga dia 13$ , kalau kt Malaysia harga dia RM27 something la..Mahal kan? Terpaksa sbb lapar.(haha). 


                     


              So, faham2 jela.Tong perut mak ni kecik je..So, Azren makan itu je dah rasa kenyang.Tp, tp tp cerita Azren belum habis lg taw..Memandangkan esok Azren dah nak balik,Azren makan tengahari kat Siam Kitchen,dalam Lot One Shopper's Mall dekat Chua Chu Kang. Lauk dia memang sedap. Kami berpecah meja dengan jemaah masa makan tengah hari ni. Azren terpaksa la pisah dgn suami..hehe..Sebab dia geng dgn jemaah lelaki. Azren geng wanita-wanita sedunia (hahaha). So, Azren cerita psl meja Azren la ye. Meja kami penuh dgn makanan ala-ala ciput(sedikit).So, makanan yg ada hanya beberapa cawan Nasi putih, ayam goreng paprik, moist taugeh Singapore,ayam goreng dan ikan dori krim sup.Sedap sangat. Rasa mcm makan di atas kayangan (hahahaha)..So, itu jela yang boleh sya share. Kejap lg mengarut panjang-panjang, mcm mcm pulak yg dah masuk..hehehe..Ok,salam semua..