1. FRONT OF HOUSE : Merupakan peralatan yang jelas untuk pandangan umum dan juga berada di bahagian hadapan.Contohnya seperti, ruang makan, kaunter pembayaran, kaunter pendarftaran dan banyak lagi.
a) Linen : Linen ini dikenali sebagai pelbagai jenis kain sama ada kain tuala, kain cadar, selimut, alas meja dan banyak lagi.Kegunaannya sangat banyak.Contoh seperti tuala untuk mengelap badan, alas meja untuk mengalas meja dan juga napkin. Selain itu, Azren sediakan 4 jenis kain yang biasa kita dengar serta kegunaannya sekali iaitu silent cloth(untuk elakkan licin dan diletakkan di setiap buju meja atau sekeliling meja).Seterusnya, table cloth (alas meja),table runner (untuk hiasan di tengah meja) dan napkin (untuk lap mulut dan juga boleh digunakan sebagai hiasan.Jadi, Azren just bagi contoh satu sahaja iaitu napkin
.
b) Bar Counter : Kegunaanya untuk membuat pesanan air dan dikhaskan hanya untuk minuman sahaja.Contohnya, orange juice, sky juice, juice of fruits dan banyak lagi.

c) Glassware : Kegunaannya untuk mengisi pelbagai jenis air mengikut kesesuaian contohnya seperti goblet dikhaskan untuk mengisi air jenis kordial. Glass juice untuk diisi air jenis buah-buahan, balloon disediakan untuk mengisi minuman seperti jus krimer dan cocktail.

d) Halloware : Digunakan untuk meletakkan makanan seperti spaghetti, spiral, dan banyak masakan Italy. Kebanyakan hotel di luar negara yang kerap menggunakan halloware tersebut.

e) Culteries : Kegunaannya adalah untuk mengambil makanan yang telah dihidangkan. Contohnya seperti sudu, garfu, pisau.Selain itu juga, nama-nama alatan ini juga telah diberi mengikut kesesuaian makanan yang dihidang seperti table fork dan table spoon untuk makan nasi.Fish knife dan fish fork untuk makanan jenis ikan , table knife dan table fork untuk makan jenis makanan steak dan juga makanan jenis haiwan berkaki dua dan juga steak knife dan table fork digunakan untuk memakan makanan jenis haiwan berkaki empat.Selain itu juga, contoh lain yang Azren beri antaranya ialah soup spoon, bread&butter knife,dessert spoon,dessert fork,appetizer spoon dan appetizer fork.

f) Chinaware : Digunakan khas hanya untuk masakan China dan juga merupakan peralatan yang dibuat daripada tembikar.

g) Furniture / Perabot : Kegunaannya untuk keselesaan para tetamu dan kemudahan untuk melakukan sesuatu pekerjaan juga memudahkan sesuatu organisasi bekerja. Contohnya seperti , meja makan dan kerusi, kipas, penghawa dingin dan banyak lagi.

2. BACK OF HOUSE : Merupakan organisasi di bahagian belakang di mana tetamu tidak dapat melihat setiap pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja.Contohnya seperti, kitchen,butcher,FnB Office, HR Office dan sebagainya.Jadi, Azren beri contoh-contoh peralatan di bahagian back of house dan juga Azren tekankan di bahagian dapur yang kita boleh jelas dan mudah kenal.Antaranya ialah:-
a) Working table : Digunakan sebagai tempat atau organisation station di mana Chef-chef memulakan mise in place di situ sebelum memulakan memasak.

b) Mixer : Digunakan sebagai alatan untuk mengadun atau mengacau adunan tepung sama ada untuk membuat kek, roti dan banyak lagi.Selain itu, ada juga mixer untuk daging,ayam dan ikan.Tetapi, Azren beri contoh gambar mixer untuk mengadun kek sahaja ye.hihihi :)

c) Meat Chopper : Digunakan untuk menghancurkan daging seperti daging lembu, daging ayam, ikan, itik dan juga banyak lagi.

d) Foodcutter : Digunakan sebagai pemotong makanan dengan lebih cepat dan teratur.

e) Steam Jacketed Kettle : Digunakan untuk stim sebagai medium pemanasan mempunyai banyak kelebihan: pemanasan seragam, cepat dari segi pemindahan haba dan kawalan mudah kadar pemanasan melalui injap wap. Wap boleh dibekalkan untuk cerek oleh dandang bebas melalui paip bertekanan atau ia boleh dihasilkan di situ untuk kegunaan serta-merta, seperti halnya dengan apa yang dipanggil "cerek stim serba lengkap".
f) Food slicer : Digunakan untuk menghiris makanan kepada lebih nipis dan mengikut ciri-ciri yang diberikan contohnya berapa 'milimeter' makanan tersebut perlu dihiris.

g) Oven : Digunakan sebagai pemanasan, baking atau pengeringan bahan.
h) Tilting frying pan : Merupakan sebuah pan pengeluaran yang tinggi banyak memenuhi keperluan memasak dan boleh mengurangkan jumlah masa memasak sehingga 25 peratus.Kegunaannya untuk merebus, tumis, rebus, rebus, reneh, stim, goreng pan, grill dan panggang.


i) Broiler : Digunakan sebagai pemanggang ayam, itik dan banyak lagi.Sesuai digunakan untuk perkhemahan dan barbeku.

j) Chiller and freezer : Digunakan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan masakan seperti ikan,ayam,daging disimpan di dalam freezer, jika perlu dimasak dalam beberapa minit lagi untuk melembutkan daging-daging tersebut boleh simpan ke dalam chiller.Selain itu, chiller juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan sayur, kek , buah-buahan dan banyak lagi.

CHILLER

FREEZER
~Jadi , itu sahajalah yang dapat Azren kongsikan kepada semua.Kita jumpa lagi di masa akan datang.InshaAllah.Bye.Salam semua. (^~^)

j) Chiller and freezer : Digunakan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan masakan seperti ikan,ayam,daging disimpan di dalam freezer, jika perlu dimasak dalam beberapa minit lagi untuk melembutkan daging-daging tersebut boleh simpan ke dalam chiller.Selain itu, chiller juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan sayur, kek , buah-buahan dan banyak lagi.

CHILLER

FREEZER
~Jadi , itu sahajalah yang dapat Azren kongsikan kepada semua.Kita jumpa lagi di masa akan datang.InshaAllah.Bye.Salam semua. (^~^)
No comments:
Post a Comment