Monday, 26 January 2015

Oldtown White Coffee, KipMart Melaka.

Salam.hi semua.. Semalam aku pergi makan malam dengan keluarga aku. Kami fikir punya fikir nak makan dekat mana. Kemudian, aku yang bagi idea untuk makan di Oldtown White Coffee, memandangkan aku teringin nak makan cendol..hehehe..
Jadi, kami pun bergerak la ke Oldtown yang ada buka outlet dia dalam kipmart ni.Jadi, aku pun masuk then aku teringat kena buat blog pasal makan dan restoran yang bertema.hehehe...So, aku fikirrlah kan, Oldtown White Coffee ni merupakan sebuah restoran bertemakan coffeehouses.. Di mana sebuah restoran yang santai. Tenang dan bersahaja.
Oldtown White Coffee ini juga banyak menyediakan kemudahan untuk orang ramai. Contohnya seperti wifi, tandas lelaki dan perempuan, loceng untuk memanggil pramusaji, penghawa dingin,kerusi bayi dan banyak lagi.
Masa kami makan tu, anak aku, abang ipar aku,along aku dan suami aku takda. Mereka pergi ke kedai joran. Mereka suka memancing. Aku naik pening dengan diorang ni..hehehe.. So, aku nak ringkaskan cerita la k. Aku makan sedap jugak lah kat sini.hehe.. Cepat sangat kenyang sebab makan Mee Kari Oldtown ni. Mee kari Oldtown ni paling terkenal dan merupakan makanan yang paling laris dijual kat sini. Aku siap tanya manager dia lagi makanan apa yang sedap dan banyak dipesan? Hehehe.. Memang sedap. Meh ini aku ada beri 3 keping gambar untuk memberikan korang yang baca ni rasa cemburu dengan kami.hahaha..(^x^)




Yang sebelah kiri tu, kakak aku no.3.Nama dia, Siti Nur Azlin. Ehehem.. Yang sebelah dia tu, aku lah.. (^~^)
Yang sebelah kiri pulak angah aku, nama dia Siti. Nur Aza. Sebelah dia, ibu aku. Maznah bt. Ibrahim.haa..yang budak lelaki tu, adik aku.Nama dia , Zikram Hakimi.
 

Haa..meh aku cerita satu-satu. Yang mangkuk paling kiri tu, mee kari Oldtown. Sebelah dia, Toast Margerine. Kemudian, Fried Yee Mee , kakak aku yang pesan ni.Dia kata sedap.Kemudian, yang paling aku mengidam iaitu Cendol Oldtown..huhuhu..Sedap.. Aku minum air Honey Ice Lemon Tea (^~^) . Ok la. Itu sahaja untuk blog aku kali ni. Salam semua. (^~^)

No comments:

Post a Comment